Rezeki Itu Bukan Soal Berapa Banyak, Tetapi Tentang Rasa Cukup

Yusuf Baradar
13

Rezeki Itu Bukan Soal Berapa Banyak, Tetapi Tentang Rasa Cukup

Di sebuah tasik yang tenang, terdapat beberapa ekor bangau sedang mencari makanan. Beberapa meter dari tebing pejalan kaki, ada dua ekor bangau yang begitu mencuri perhatian. Kedua-duanya memiliki saiz badan yang sama, namun tingkah laku mereka membuat manusia merenung panjang.

Bangau yang pertama berjaya menangkap seekor ikan dewasa. Saiz ikan tersebut lebih besar daripada paruhnya. Bangau itu cuba menelan makanan segar yang sedang menggelepar di paruhnya dengan cara melambung dan mengatur kedudukan ikan ke kiri dan ke kanan dengan harapan agar ikan itu masuk ke dalam mulutnya. Namun, usaha itu tidak berjaya kerana ikan tersebut terlalu besar.

Perbuatan tersebut diperhatikan oleh bangau yang kedua. Apa yang mengusik pikiran, bangau kedua itu tidak lagi mengendahkan ikan-ikan besar yang sedang berenang-renang di dalam tasik, sebaliknya hanya menumpukan perhatian kepada cebisan-cebisan roti yang dilontarkan oleh beberapa orang pengunjung tasik berkenaan.

Bangau kedua tersebut menyepit makanan-makanan itu dengan paruhnya sedikit demi sedikit sehingga kenyang, sebelum mengibaskan sayapnya untuk pulang ke sarang. Manakala si bangau yang pertama tadi, setelah lelah menghadapi makanan yang besar, akhirnya dia berputus asa dan terpaksa melepaskan ikan tersebut ke dalam tasik dalam keadaan lapar.

Pelajaran Hidup

Ada lima pelajaran hidup yang boleh didapati daripada kisah ini.

Pertama, jangan sesekali bersikap tamak. Kita harus menilai kemampuan diri sebelum melakukan sesuatu. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jika tidak, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Kedua, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Apabila kita asyik melihat apa yang orang lain dapat, kita mudah berasa kecewa. Fokus pada peluang dan kelebihan yang kita ada.

Ketiga, sentiasa fleksibel untuk terus bertahan. Jika apa yang dirancang tidak membuahkan hasil, jangan stres. Ubah segera strategi dan guna peluang lain yang ada untuk mencapai matlamat asal.

Keempat, sentiasa bekerja dengan bijak. Dalam hidup, kejayaan selalu diukur pada hasil. Kita harus pintar memilih strategi yang paling efisien untuk sampai ke destinasi.

Kelima, belajar bersyukur dan menghargai setiap pencapaian kecil. Dalam hidup, rezeki yang sedikit tetapi konsisten itu lebih baik daripada harapkan rezeki besar tetapi tak pernah menjadi. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Ingat, rezeki itu bukan soal berapa banyak yang kita dapat, tetapi ia tentang rasa cukup. Dek kerana rasa cukuplah buat orang miskin hidup tenang, dan rasa cukup jugalah buat orang kaya hidup bahagia.


Yusuf Baradar
Sedikit, cukup. Banyak, tak membazir. Itulah tanda berkatnya rezeki.

Catat Ulasan

13Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

  1. saya suka ayat yg terakhir tu. rezeki yg berkat tu adalah apabila kita sentiasa merasa cukup dgn apa yg kita ada. semoga kita dapat tanamkan sifat qanaah dalam diri dan janganlah tamak

    BalasPadam
  2. Subahanallah, pesan yang baik, nasihat berguna..semoga kita sentiasa amalkan kebaikan walau di mana ya. Terima kasih

    BalasPadam
  3. terima kasih .. kisah yang sangat bermanfaat dan memberi teladan yang sangat besar kepada diri saya.. teruskan berkarya untuk kebaikan ummah.. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah bang, terima kasih ya atas sokongannya

      Padam
  4. Penting sangat untuk kita rasa cukup itu dan sentiasa rasa bersyukur. Jangan kufur nikmat.

    BalasPadam
  5. Belajar arti kata CUKUP. Ini yg harus ditekankan kepada anak2 sekarang. Agar di saat mereka dewasa, mereka tahu kapan harus stop mengejar dunia.

    Saya pernah bucara dengan teman di sini, kenapalah para koruptor tidak puas2 melakukan korupsi. Makin besar, makin banyak, padahal harta mereka pun sudah banyak sangat.

    Jawabannya, krn mereka tidak tahu arti cukup. Dalam pikirannya, harta harus dicari sebanyak2nya, ga peduli hasil darimana. Akibatnya, tiap kali melihat kesempatan korupsi, mereka akan selalu mengulang.

    Ajari anak2 makna CUKUP, dan mereka akan belajar untuk rajin brsyukur dengan harta halal yg didapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya benar, kak fanny. Kita harus ajari anak-anak makna cukup. Mudah-mudahan mereka bersyukur dengan segala kurniaan nikmat dan rezeki yang baik lagi berkat dari Allah

      Padam
  6. sy sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah cikgu, sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang ada

      Padam
  7. Betul, jangan banding dengan orang lain. Bersyukur dengan rezeki yang diberi dan happy cara kita.

    BalasPadam
Catat Ulasan