Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?

Yusuf Baradar
4

 

Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?

Di dalam hutan belantara, ada seekor harimau yang sangat ditakuti oleh warga mergastua yang lain.



Pada suatu hari, ketika harimau itu sedang berehat, tiba-tiba lalu seekor tikus di depan haiwan buas tersebut. Harimau itu menangkap tikus tersebut dengan rasa marah.


Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?


Tikus itu merayu supaya dilepaskan dan berjanji akan memberikan bantuan jika Raja Rimba itu berada di dalam kesusahan.


Harimau tersebut ketawa terbahak-bahak dan memperlekehkan kata-kata si tikus,



"Mampukah kau menolong aku? Sedarlah sedikit, kau itu kecil! Aku ini haiwan besar. Aku tidak perlukan pertolongan daripada sesiapa pun. Berambus!"


Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?

Harimau itu melempar tikus tersebut ke tanah dan menghalau mamalia kecil itu pergi dengan penuh rasa  angkuh.



Selang beberapa hari kemudian, semasa sedang berburu, tiba-tiba kaki harimau tersebut terpijak jerat sembat yang dipasang oleh pemburu haram.


Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?

Harimau itu meronta-ronta untuk melepaskan diri, tetapi gagal kerana tali jerat telah mengikat kaki harimau itu.



"Tolong! Tolong! Tolonglah aku! Aku terkena jerat!"



Harimau tersebut menjerit meminta pertolongan. Mendengar teriakan itu, si tikus segera datang dan menggigit tali itu sehingga putus.


Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?

Akhirnya, harimau itu berjaya membebaskan dirinya. Harimau itu berterima kasih kepada si tikus kerana menghulurkan bantuan.



"Terima kasih tikus sebab selamatkan nyawa aku. Aku minta maaf kerana telah pandang rendah kepada kau. Kau adalah tikus yang hebat!"



Mulai hari itu, harimau sudah tidak lagi bongkak. Mereka berdua akhirnya menjadi kawan baik.


Pelajaran Hidup

1
Tak usah memandang rendah kepada orang lain. Dalam hidup ini, jangan sesekali meremehkan kemampuan seseorang hanya kerana kedudukan, rupa dan usia mereka.
2
Tak usah sombong dengan kelebihan yang kita ada. Sehebat mana pun diri kita, pasti ada waktu kita memerlukan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
3
Sentiasalah berbuat baik kepada orang lain. Kebaikan yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan membantu kita kembali pada masa depan kerana kebaikan selalu dibalas dengan kebaikan.
4
Tak usah hadkan persahabatan berdasarkan kekayaan, pangkat dan kelebihan seseorang. Kadang-kadang, persahabatan yang paling bernilai datang daripada orang yang tidak kita sangka.


Yusuf Baradar
Kecil-kecil lada api, meskipun kecil tetapi berani.

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

  1. It's so true. We all need a bit of help from other people now and then. So there's no excuse for looking down on anyone, whether they're above us or below us in the pecking order!

    Anyway, this has always been one of my favourite Aesop's fables. Nice to have it brought back to mind 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, kak ristra. Sebagai manusia, kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Semua orang itu bernilai tidak kira apa juga status dan keadaan dirinya. Wah, nampaknya saya tidak berseorangan dalam meminati kisah-kisah dongeng Aesop ni. Haha 😊

      Padam
  2. aiiiih akhirnya ada tulisan baru lagi di blog abang... ^o^

    cerita ini banyak lesson yg bisa dibagi ke anak2 kan... jangan meremehkan orang lain, bantu orang lain yg membutuhkan, dan mau meminta maaf jika salah juga berterimakasih... dulu saat anak saya masih kecil, sering membacakan cerita begini ke mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak fanny kerana singgah membaca di sini. Kisah-kisah begini bagus ya dibacakan kepada anak-anak kecil kerana banyak pengajarannya 😊

      Padam
Catat Ulasan