Garis Panduan Komuniti


Selamat Datang Ke Komuniti Kami!

Komuniti kami diwujudkan untuk menghubungkan orang ramai melalui perbualan yang terbuka, matang dan bermakna. Kami menggalakkan para pembaca berkongsi pandangan serta bertukar-tukar idea dalam suasana yang harmoni dan selesa. Bagi memastikan perkara ini tercapai, kami telah menetapkan beberapa peraturan mudah demi meningkatkan pengalaman anda sebagai ahli komuniti.

Ringkasnya, jagalah adab dan kesopanan ketika memberikan pandangan dan ulasan.

Komentar anda boleh ditolak sekiranya mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Spam atau komen yang tidak berkaitan.
  • Kata-kata penghinaan, makian, bahasa yang tidak jelas, lucah, menghasut serta ugutan.
  • Serangan peribadi terhadap identiti pengguna lain atau penulis artikel.
  • Penggunaan huruf besar secara berlebihan.
  • Pautan ke laman web luar.
  • Gambar.

Akaun pengguna boleh disekat sekiranya kami mendapati perkara berikut:
  • Berulang kali cuba menyiarkan semula komen yang pernah disekat atau ditolak oleh pihak moderator.
  • Mengeluarkan komen berunsur perkauman atau menyokong fahaman liberalisme dan pluralisme.
  • Melakukan sebarang percubaan atau menggunakan taktik yang boleh mengancam keselamatan blog.

Jadi, bagaimana untuk menjadi ahli komuniti yang aktif dan berkualiti?
  • Pastikan komen anda sentiasa berkaitan dengan topik perbincangan dan kongsikan pandangan dengan penuh minat. Anda bebas menghuraikan pendapat dengan lebih lanjut bagi menjelaskan maksud yang ingin disampaikan.
  • Sama-sama menjaga keharmonian komuniti. Sekiranya terdapat pengguna yang melanggar peraturan, laporkan kepada pihak kami.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca garis panduan komuniti kami. Ingatlah, kebebasan bersuara bukan bermakna anda berhak mendapat perhatian atau ruang untuk menyebarkan apa sahaja!