Terperanjat aku. Tetiba saja orang rumah menjerit. Aku yang sedari tadi mamai tidur petang, bergegas ke ruang tamu. Panik. Segera aku cari wajah isteri dan tanya kenapa. Beliau memandang dengan mata terbelalak dengan mulut penuh mengunyah.
"Sedap gila!" bibirnya menguntum senyum ke telinga sambil mempelawa, "jemputlah rasa cik abang."
Aku pandang ke meja. Ada dua potong kek lapis Sarawak. Baru aku ingat, semalam orang rumah ada tempah kek paling masyhur Bumi Kenyalang ini. Cepat pula hari ini sampai.
Aku ambil sepotong Kek Lapis Rainbow Cheese. Warna dia berlapis-lapis bak pelangi. Bau harum semerbaknya menerobos rongga hidung seolah baru dibakar dalam ketuhar tadi. Mmm, manis. Rasa lemak krim cheese larut dalam mulut. Lazat. Tapi kek lapis ini nampak sedikit berminyak. Ini mungkin kesan cairan butter semasa tempoh pengeposan semalam. Tak apa.
Aku ambil sepotong Kek Lapis Rainbow Cheese. Warna dia berlapis-lapis bak pelangi. Bau harum semerbaknya menerobos rongga hidung seolah baru dibakar dalam ketuhar tadi. Mmm, manis. Rasa lemak krim cheese larut dalam mulut. Lazat. Tapi kek lapis ini nampak sedikit berminyak. Ini mungkin kesan cairan butter semasa tempoh pengeposan semalam. Tak apa.
Belum puas hati, aku ambil sepotong lagi Kek Lapis Chocolate Cadbury. Minta maaflah, sebab secara peribadi aku memang suka gila sama coklat. Tapi aku kena review jujur.
Pertama kali kek lapis coklat ini masuk ke ruang mulut, mata aku terbeliak. Tekstur kek dia lembut. Ada rasa moist. Dan yang paling dahsyat sekali bila aku tergigit potongan coklat yang disusun rapat di setiap lapisan kek itu, ya Tuhan, air liur aku tak tertahan-tahan. Melimpah macam tangki pecah. Macam mana kau tengok Doremon lahap Dorayaki, macam itu jugalah aku. Haha!
Tak sempat kek dalam mulut aku telan, tangan aku segera mencapai sepotong lagi, dan sepotong lagi kek sampai orang rumah berdehem. "Ingat sikit orang belakang."
Hoho!
Patutlah tadi beliau bertempik. Sedap gila kot kek lapis Sarawak Nana Layer Cake - Kek Lapis Sarawak ini. Mati-mati aku ingat orang Sarawak bikin. Rupanya orang Kuala Selangor. Tapi dia punya sedap sebijik macam air tangan orang sana, beb!
Kalau ada skala undian 10 bintang, aku akan layarkan 9 bintang. Aku berani jamin, sekali makan pasti kau orang akan terngiang-ngiang keenakan dia sampailah kau orang order lagi sebijik macam aku.
Kahkah!


Terima kasih kerana memberi komen yang baik.