Kau orang yang membesar tahun 90-an ingat lagi sama roti NSB ini? Sungguh makanan lagenda ini suatu ketika dulu pernah jadi santapan kita di kantin sekolah atau di tepi gerai jajan depan sekolah. Malah kalau bhai roti lalu depan rumah, berlari kau kejar semata-mata mahu beli roti ini, kan? Haha!
Disebalik design plastik pembungkus yang tak pernah berubah sejak berdekad lalu, tersimpan seribu kenangan indah buat kita semua. Dan kali terakhir saya jamah roti ini kira-kira 18 tahun lalu – masa sukaneka darjah 6. Rindu tau.
Siapa sangka, rupanya kilang roti ini duduk di Kajang. Kira-kira 200 meter dari sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS).
Hah, tak usah tunggu lama. Singgahlah ke mari dan dapatkan tawaran istimewa. Beli 5 percuma 1. Sekarang dah ada 4 perisa tau; coklat, pandan, butter dan strawberi. Yang hat strawberi tu baru, jarang ada. Seminggu sekali saja.
Nah saya kongsi alamatnya,
NSB Bakery & Confectionary Sdn. Bhd
Lot 11575, Batu 13, Jalan Cheras,
43000, Kajang, Selangor
Koordinat lokasi, 3.0141010,101.7777880
Waktu operasi
Isnin - Ahad (kecuali Jumaat)
7 pagi hingga 4 petang
Hubungi
0387375869
0387375869
0387375869
Siapa baru tahu nama roti ini NSB, kita geng. Kahkah!
43000, Kajang, Selangor
Koordinat lokasi, 3.0141010,101.7777880
Waktu operasi
Isnin - Ahad (kecuali Jumaat)
7 pagi hingga 4 petang
Hubungi
0387375869
0387375869
0387375869
Siapa baru tahu nama roti ini NSB, kita geng. Kahkah!


Terima kasih kerana memberi komen yang baik.