Bila terbaca kes bunuh diri pelantun suara utama Linkin Park, Chester Charles Bennington, saya teringat kes yang sama berlaku kepada seorang pelakon drama popular bersiri Korea, Winter Sonata – Park Yong-Ha. 7 tahun lalu, lelaki berusia 32 tahun ini nekad menamatkan riwayat sendiri kerana murung berpanjangan akibat masalah kerjaya, bisnes dan penyakit kanser yang dihadapi oleh bapanya.
Berbeza dengan Chester, bapa kepada 6 orang anak ini berhadapan dengan trauma penderaan seksual semasa kecil dan kesedihan melampau setelah kematian sahabat baiknya, Chris Cornell. Chris, 52, yang juga vokalis Audioslave telah mengambil nyawa sendiri dengan menjerut leher dengan tali pada 18 Mei lalu dan ini membayangi Chester untuk melakukan perkara yang sama pada 20 Julai.
Apa yang menyedihkan, masalah kemurungan mereka gagal dikesan ahli keluarga, rakan dan ramai pihak kerana lazimnya pesakit major depression cenderung menyembunyikan masalah mereka daripada umum. Sehinggalah semuanya berakhir dengan episod yang memilukan.
Lihat video interviu Chester pada 17 Februari lepas, di mana Chester meluahkan perasaan sedihnya namun masyarakat gagal memahami. Tonton di sini.

Penyakit Mental Mengancam Dunia
Apa yang merisaukan kita, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan menjelang tahun 2020, masalah kemurungan yang membawa kepada penyakit mental bakal menjadi penyakit kedua terbesar di dunia selepas penyakit jantung.
Di Malaysia, kita sudah saksikan betapa tragisnya kejadian-kejadian mengambil nyawa sendiri di media sosial. Memang tak tidur malam dibuatnya. Ngeri. Walaubagaimanapun, penyakit ini dapat diatasi jika semua pihak menggembleng tenaga mengenalpasti, membantu dan merawat pesakit sebelum parah.
Saya teringat kata-kata Ustaz Mohd Faiz ketika mengulas isu kes bunuh diri Chester,
"Apabila manusia ditenggelami masalah dan larut dalam resah gelisah yang berpanjangan, mereka akan datang kepada dua jalan. Pertama, jalan kembali kepada Allah. Kedua, jalan selain dari Allah. Iaitu dalam bentuk dosa seperti zina, minum arak dan pengambilan dadah. Dan bila kaedah batil ini tidak lagi dapat menahan kesengsaraan jiwa mereka, maka jalan terakhir akan dipilih. Bunuh diri."
Beliau menambah, sebagai orang Islam, kita tak perlu kelam dalam masalah yang wujud. Masalah adalah ujian. Ujian datang untuk menguji kadar keimanan kita. Setiap orang beriman pasti diuji Allah. Dan ujian yang diberikan semestinya pada kadar yang mampu dipikul hamba-Nya. Setiap ujian pasti diganjari pahala dan dinaikkan martabat di sisi Allah.
Jaga Kesihatan, Dapatkan Rawatan Pakar

Kawan, usah dipendam lama-lama masalah di dalam dada. Ceritakan, luahkan pada ahli keluarga dan sahabat. Usah malu dapatkan perawatan samada daripada doktor, ahli psikologi atau pakar psikiatri di klinik dan hospital.
Amalkan pemakanan seimbang dan kekal bersenam agar tubuh sihat. Selain itu, perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri pada Yang Maha Esa, kerana di sisi-Nya terdapat seribu rahmat dan seribu ketenangan pada jiwa dan raga.
Ketahuilah, kehidupan dunia hanyalah sementara. Sebab kita orang Islam, ada akhirat. Di sana, segala nikmat akan disempurnakan.

Yusuf Baradar
10 tahun lepas, Linkin Park menghasilkan sebuah lagu, What I've Done. Ironinya, bila diteliti lirik ini seolah memberi mesej apa yang bakal diperbuat Chester kepada diri sendiri – erase myself.

Anda sedang alami stres dan kemurungan? Dapatkan bantuan dan sokongan daripada agensi-agensi ini: Befrienders KL (03-7627 2929), KSK-Care JAKIM (0111-9598 214) atau Talian Kasih (019-261 5999).

.webp)
Terima kasih kerana memberi komen yang baik.