Seronok benar mendengar khutbah Jumaat hari ini. Khatib pula membaca teks dengan penuh semangat. Ayuh, saya kongsikan intipati khutbah tersebut. Moga bermanfaat.
Tajuk : Selamatkan Anak-Anak Kita.
1. Ketagihan gajet memberi kesan buruk kepada anak-anak jika tidak dikawal dengan betul.
2. Antara implikasi ketagihan gajet adalah menjejaskan kesihatan dan tumbesaran anak-anak, membantutkan perkembangan mental mereka dan membentuk sikap negatif.
3. Setiap ibu bapa atau penjaga perlu mengawal dan mengawasi pergerakan anak-anak ketika menggunakan gajet, menghadkan masa penggunaan, menetapkan peraturan, menggunakan gajet bagi tujuan pembelajaran dan pendidikan seperti membaca Al-Quran dan solat.
4. Setiap ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab memastikan anak-anak menjalani cara hidup sihat dan mengikut cara Islam.
5. Didik anak dengan kasih sayang dan displin, bak kata pepatah Melayu, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".
6. Contohi akhlak Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anak dengan memberi kasih sayang sepenuhnya, tidak mengasari dan sentiasa memberi pelukan serta ciuman kepada mereka.


Terima kasih kerana memberi komen yang baik.