Pagi kelmarin, saya sempat bawa Hanani ke Taman Tasik Titiwangsa. Punyalah seronok tengok si kenit ini bermain, sampai saya sendiri sama-sama masuk gelongsor, naik buaian dan menghenyak kuda spring. Lepas hajatlah katakan. Dulu masa kecil tak dapat main mainan begini. Haha.
Saya perasan ada beberapa peralatan mainan yang rosak. Ada buaian yang tercabut, gelongsor pecah dan ada yang patah. Bahagian yang rosak mereka tanda menggunakan barricade tape warna merah.
Waktu itu, kelibat dua orang kanak-kanak panjat ke bahagian tersebut dan terus menuruni gelongsor patah, namun sempat disambut oleh ibu mereka di bawah. Syukur. Terfikir juga siapa punya angkara merosakkan mainan disini. Mustahil anak-anak kecil melakukannya kerana mereka tidaklah buas bermain.
Sedar Diri
Setelah berfikir panjang, baru saya tersedar. Bukankah tadi saya yang seberat gajah ini seronok melanyak mainan kanak-kanak disini semahu-mahunya? Bayangkan kalau semua orang dewasa buat begitu. Habis jahanam.
Itulah, bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, kata orang kita yang lebih. Sepatutnya, saya kena berdiri tepi sahaja. Bukan jadi Hanani.
Oh Tuhan, insaf terus.
Yusuf Baradar
Terlupa diri ini bukan lagi kanak-kanak, tapi bapa kanak-kanak.

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.