Malam ini garu kepala.
Pelanggan kami dari Singapura enggan melunaskan baki bayaran tempahan kain. Sudah sebulan bayaran tersebut ditangguh walaupun sudah berkali-kali kami follow up. Nombor Whatsapp kami, beliau block. Nampak gaya macam sudah tak mahu lagi berurusan sedangkan wang deposit sudah didahulukan.
Apabila diselidiki, rupanya beliau baru saja ditipu ribuan dollar Singapura (sgd) oleh seorang peniaga online yang menjual beg tangan dari republik itu juga. Saya fikir betapa beraninya pelanggan ini membeli handbag harga ribu-ribu secara online. Kali terakhir saya beli online pada bulan lalu. Itupun beli buku berharga RM15. Tak berani nak beli yang mahal-mahal.
Hati-hati membeli online ya kawan-kawan. Statistik penipuan transaksi jual beli atas talian ini tidak pernah berkurangan. Sentiasa meningkat saban tahun.

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.