Kisah Abah Ajar Hanani Huruf Jawi Guna Kaedah Fonetik

Yusuf Baradar
0

Kisah Abah Ajar Hanani Huruf Jawi Guna Kaedah Fonetik


Setiap malam, saya akan melatih Hanani mengenal huruf hijaiyyah (jawi) dan cara menyebutnya dengan betul menggunakan teknik fonetik.


"Huruf yang kurus keding ni kita sebut apa?" tanya saya.


"Aaa...," jawab Hanani, merujuk kepada huruf alif.


"Huruf yang macam mangkuk tapi ada tiga mata, kita sebut apa?" tanya saya.


"Thaa...," jawab Hanani, merujuk kepada huruf tha.


Saya menjeling isteri. Nampaknya beliau seakan mahu tergelak. Saya teruskan lagi, "Huruf yang macam mulut ternganga tapi ada mata dekat atas kepala, kita sebut apa?" Waktu ini isteri ketawa berdekah-dekah. Saya tersenyum lalu bertanya mengapa beliau ketawa.


"Belum pernah dengar lagi ustaz ustazah ajar macam ni," jawab isteri sambil menahan gelak. Hanani yang dari tadi memerhatikan kami, tiba-tiba mencelah, "Itu huruf kho la, ibu." Sungguh tepat sekali jawapan si anak.


Nampaknya Hanani begitu seronok dan berminat dengan kaedah pengajaran saya. Setiap hari beliau dapat kenal dengan huruf-huruf baru. Cuma saya terfikir bagaimana  caranya untuk memperkenalkan Hanani dengan huruf 'ya'. Adakah betul kalau saya kata huruf 'ya' itu macam itik tapi ada dua telur dekat bawah?


Kelakar betul bunyinya. Kalau nyayi Hanani dengar, silap haribulan saya yang dibebelnya. Haha!


Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

Catat Ulasan (0)