Biasalah anak-anak ini. Kalau sehari tak ada ragam, memang tak sah. Ada saja perkara yang buat kita geram walaupun kadangkala mencuit hati juga. Itulah, budak-budak hendak membesar, ah, layankan saja perangai mereka. Esok sudah dewasa, mereka sendiri akan ketawa membaca cerita-cerita gelagat mereka di dalam entri ini. Haha. Semoga terhibur ya!
Ambil Lambat
Masa awal darjah satu tahun lepas, Yusuf Jr. selalu mengomel pasal aku ambil dia lambat. Lambat apanya, sekolah habis pukul 6 petang, 5 minit lepas itu aku sampai. Bila sudah darjah dua ini, bila aku ambil dia awal, dia mengomel lagi sebab tak sempat hendak main dengan kawan-kawan.

Sudahnya, sekarang ini, setiap hari aku akan hantar dia sejam awal ke sekolah. Mainlah puas-puas, nak.
Payung dan Hujan
Pulang saja dari sekolah, Yusuf Jr. mengeluh. "Kenapa kalau kita bawak payung, tak (turun) hujan. Tapi kalau kita tak bawak payung, hujan (turun)?"
Cuaca dekat Malaysia memang macam itulah, nak. Itu pasal lah orang kita malas nak bawa payung. Haha.
Baju Sekolah Kotor
Setiap kali Yusuf Jr. balik dari sekolah dengan pakaian kotor, aku katakan begini, "Baguslah kamu hari ini. Seronok tak main bukit dekat sekolah?" Aku cakap begitu semata-mata untuk tenangkan perasaan geram saja. Tapi bila sampai rumah, lain pula jadinya. Dia ulang balik apa yang aku cakap itu dekat ibunya.
"Abah cakap saya bagus sebab main bukit dekat sekolah."
"Siapa cakap?"
"Abah!"
"Abah?"
Terus aku tak jadi masuk rumah dan pura-pura siram rumput dekat luar.
Diganggu Pelajar Perempuan
Yusuf Jr. bilang, dia selalu diganggu oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Ada yang suka membalingnya dengan pensil dan pemadam, ada yang suka sorokkan kotak pensilnya di tempat lain dan ada juga yang suka kenen-kenenkan dia dengan pelajar perempuan yang lain. Tidak hanya itu, ada pula yang sudah beberapa kali mengirimkannya surat cinta. Mujur tak dilayannya.

Itulah, budak perempuan la ni memang lain macam. Kalau yang gigi gongak pun dia orang suka kacau, inikan pula yang rambut bersikat belah tepi. Memang ramailah peminat kau, dik.
Sebab Boleh
Aku tak tahulah daripada mana datangnya idea bagi jawapan "sebab boleh" ini. Asal tak boleh jawab soalan saja, "sebab boleh". Asal tak tahu jawapan saja, "sebab boleh". Rimas aku duk dengar jawapan klise ini. Tak tahulah budak-budak ini bagi jawapan begitu sebab kelakar atau saja hendak menyakat.

Karang aku tutup lampu bilik air, baru tahu "sebab boleh" itu apa. Huh!
Konon Rajin Pergi Sekolah
Makin hujung tahun, makin rajin pula Yusuf Jr. ini pergi sekolah. Padahal, pelajar kelasnya ramai yang sudah mula ponteng. Bila aku usik supaya dia ponteng juga, dia tak mahu. Katanya mahu memartabatkan ilmu di sekolah.

Masalahnya, exam sudah habis. Buku teks pun sudah dipulangkan. Memartabatkan ilmu apanya. Dia ingat kami tak tahu dia sorok-sorok bawak Saidina dengan kad-kad permainan pergi sekolah. Ceh!
Beza Jamuan Sekolah Dulu, Sekarang
Masa jamuan akhir tahun sekolah rendah kita dulu, asyik duk ulanglah menu sama. Kalau tak bihun goreng, mesti nasi lemak. Kalau canggih sikit, nasi ayam atau nasi tomato. Kalau kuih-muih, mesti donat atau karipap. Hujung-hujung, buahnya mesti tembikai merah banyak biji. Itu pun sudah seronok sangat. Haha.

Tapi, jamuan akhir tahun sekolah rendah sekarang, fuh, lain macam. Kau sebut saja; Spaghetti Carbonara, Macaroni Cheese, Chicken Tenders, Popcorn Chicken, French Fries, Wedges, Cream Puff, semua itu sudah jadi menu wajib ya. Kalau kau bawa jugak menu-menu lama, memang jadi baja pokoklah alamatnya. Tak berusik!
Silap hari bulan, kita pula yang disindir, "Ini menu orang tualah!" Haha.
Belajar Bahasa Cina
Masa awal tingkatan satu hari itu, Hanani berkeras mahu ambil bahasa Jepun sebagai bahasa antarabangsa di sekolah. Katanya, sebab dia minat anime dan lagu-lagu Jepun. Puas kami pujuk supaya dia tukar fikiran dan ambil bahasa Cina, tapi, dipersoalkan pula selepas itu. Geram punya pasal, aku jawab begini,

"Barang siapa yang pelajari bahasa sesuatu kaum, nescaya, dia akan terselamat daripada tipu daya mereka."
Nooh! Aku jadi penunggang agama.
Nota: Jumlah penutur bahasa Mandarin di seluruh dunia adalah 1.18 bilion orang; merangkumi China, Taiwan, Singapura dan Malaysia. China merupakan ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat, tetapi menjadi kuasa pembuatan industri terbesar dunia dan antara peneraju utama teknologi pembuatan termaju. Jadi, peluang pekerjaan terbuka lebih luas.
Cakap Cina Bila Bergaduh
Lepas setahun belajar bahasa Mandarin dekat sekolah, aku terperanjat bila Hanani betul-betul cakap Cina dekat rumah. Itu pun masa dia tengah berkelahi dengan adiknya. Hmm ... aku harap tak adalah terkeluar perkataan carut-marut macam dalam filem Hong Kong itu.
Harap begitulah kan, laoshi (guru).
Pilih Lain, Dapatnya Lain
Kau bayangkanlah, masa awal tahun hari itu, aku suruh Hanani pilih persatuan Puteri Islam, tapi yang dia dapat Kadet Polis. Lepas itu, aku suruh dia masuk bola jaring, tapi yang dia dapat ragbi. Katanya, guru penyelaraslah yang letak random namanya, sebab tempat lain sudah penuh.

Jangan macam-macam Hanani woih. Jadi Malek Nor kau karang!
Sorok Kertas Matematik
Entah apa yang hendak disembunyikan pun, kami tak tahu. Hanani cakap, dia sudah dapat kertas peperiksaan Matematik akhir tahun. Masalahnya, sudahlah kertas tak ditunjuk, markahnya pula tak diberitahu. Alih-alih, dia kata, markah Matematiknya okey-okey saja dan kertas itu sudah dipulangkan kepada guru subjek berkenaan. Padahal, kami tahu, dia sorok kertas itu bawah tilam. Haha.
Esoknya, Hanani telefon dari sekolah. Dia merayu-rayu minta kami hantar kertas Matematik yang dia sorok bawah tilam itu ke sekolah, sebab dia ada pembetulan untuk tambah markah lagi. Berdekahlah kami ketawa.
Itulah, nak temberang lagi. Haha.
Baca Buku Teks Muzik, PJPK
Hanani kata, dia diketawakan rakan-rakan sekolah kerana bersungguh-sungguh mentelaah buku teks Muzik dengan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) untuk exam. Kata mereka, mana ada orang beriya bebenar study dua mata pelajaran tambahan tersebut melainkan subjek-subjek teras saja.

Itulah, aku syak si Hanani ini ada niat hendak jadi Ramli M.S., tak pun Misbun Sidek. Lain macam ni.
Tambah Markah
Satu benda yang aku perasan dua beradik ini punya perangai; setiap kali dapat kertas exam, mereka mesti akan semak balik apa-apa yang cikgu salah tanda untuk dibuat pembetulan, supaya dapat tambah lagi markah. Dulu masa aku sekolah, kau check-lah macam mana sekalipun, markah tetap teruk jugak.

Kalau tak "cangkul", mesti "dodol". Yang paham saja paham. Haha.
Guru Juga Manusia Biasa
Aku harap, ibu ayah di luar sana kenalah banyak bertolak ansur dengan guru-guru kita. Mereka juga manusia biasa seperti kita. Kadangkala, ada kesilapan juga. Kalau ada guru tersalah tanda jawapan kertas exam, itu perkara biasa. Kalau ada guru tersalah masukkan markah ke dalam sistem, itu juga perkara biasa.

Yang tak biasa itu, kalau kita rasa diri kita sempurna, macam tak punya salah dan dosa. Itu luar biasa.
Pelajar Aneh
Cerita Hanani, di dalam batch-nya, ada seorang pelajar aneh. Setiap kali musim peperiksaan, pelajar tersebut akan mengasingkan diri daripada semua orang, enggan berkomunikasi dengan sesiapa dan hanya makan bersendirian. Sehinggalah musim exam tamat, barulah dia akan jadi seperti biasa.

Aku rasa, pelajar itu mungkin bimbang kepandaiannya akan menurun kepada orang lain jika dia bergaul dan bercakap-cakap dengan manusia. Mungkin. Haha.
Perangkap atau Peminat Rahsia
Kata Hanani, entah siapalah yang meletakkan hadiah makanan di dalam laci mejanya setiap pagi. Perbuatan itu dilakukan selama tiga hari berturut-turut tanpa sebarang tujuan jelas. Berdasarkan kronologi dan petunjuk yang ada, dia dan rakan-rakan sekelasnya giat menyiasat dalang dan motif sebenar pelaku, sama ada ia bersifat perangkap, muslihat atau ulah peminat rahsia.
Yang kelakarnya, ketika mereka sedang memeras otak mencari jawapan, datang seorang rakan mereka dengan "zero survival instinct" telah menawarkan diri untuk menghabiskan semua makanan tersebut. Terkebil-kebil mata semua orang melihat pelajar itu mengunyah, sambil menunggu apa yang bakal terjadi kepadanya.
"Selamba saja dia makan. Kot-lah orang itu letak minyak dagu!" seloroh mereka.
Satu Paper, Satu Pen
Masa exam akhir tahun hari itu, Hanani asyik minta kami belikan dia pen. Katanya, pen dia selalu habis dakwat. Aku terpikir, takkanlah hendak jawab satu kertas exam sampai habis sebatang pen. Biar betul. Aku sekolah dulu, sebatang pen boleh pakai sampai hujung tahun tau! Siap guna untuk conteng buku sekolah lagi. Heyy ... macam-macamlah budak-budak sekarang ini.

Kalau tak skor jugak, tak taulah hendak cakap apa.
Asyik Hilang Barang Saja
Siapa yang tak geram kalau alat tulis anak-anak asyik hilang dekat sekolah? Daripada pen, pensil, pembaris, pemadam sampailah ke botol air, asyik hilang saja. Eh, payung pun boleh hilang jugak. Sudahnya, kami beli banyak-banyak dekat Shopee, sampai dapat anugerah platinum. Itu pun duk hilang lagi!

Kau orang sabar sekejap. Abah nak belajar bahasa Cina, nak borong semua alat-alat tulis dekat Pinduoduo. Katanya, 100 batang pensil cuma RM7.00 dan 100 biji pemadam hanya RM4.00.
Nooh! Boleh buka koperasi sekolah terus aku. Haha.

Kami gembira membaca ulasan yang relevan, sopan dan berhemah. Sila baca garis panduan komen kami di sini.