
Di dalam hutan belantara, ada seekor harimau yang sangat ditakuti oleh warga mergastua yang lain.
Pada suatu hari, ketika harimau itu sedang berehat, tiba-tiba lalu seekor tikus di depan haiwan buas tersebut. Harimau itu menangkap tikus tersebut dengan rasa marah.

Harimau tersebut ketawa terbahak-bahak dan memperlekehkan kata-kata si tikus,
"Mampukah kau menolong aku? Sedarlah sedikit, kau itu kecil! Aku ini haiwan besar. Aku tidak perlukan pertolongan daripada sesiapa pun. Berambus!"
Harimau itu melempar tikus tersebut ke tanah dan menghalau mamalia kecil itu pergi dengan penuh rasa angkuh.
Selang beberapa hari kemudian, semasa sedang berburu, tiba-tiba kaki harimau tersebut terpijak jerat sembat yang dipasang oleh pemburu haram.

Harimau itu meronta-ronta untuk melepaskan diri, tetapi gagal kerana tali jerat telah mengikat kaki harimau itu.
"Tolong! Tolong! Tolonglah aku! Aku terkena jerat!"
Harimau tersebut menjerit meminta pertolongan. Mendengar teriakan itu, si tikus segera datang dan menggigit tali itu sehingga putus.

Akhirnya, harimau itu berjaya membebaskan dirinya. Harimau itu berterima kasih kepada si tikus kerana menghulurkan bantuan.
"Terima kasih tikus sebab selamatkan nyawa aku. Aku minta maaf kerana telah pandang rendah kepada kau. Kau adalah tikus yang hebat!"
Mulai hari itu, harimau sudah tidak lagi bongkak. Mereka berdua akhirnya menjadi kawan baik.
Pelajaran Hidup
Kecil-kecil lada api, meskipun kecil tetapi berani.


It's so true. We all need a bit of help from other people now and then. So there's no excuse for looking down on anyone, whether they're above us or below us in the pecking order!
BalasPadamAnyway, this has always been one of my favourite Aesop's fables. Nice to have it brought back to mind 😊
Benar, kak ristra. Sebagai manusia, kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Semua orang itu bernilai tidak kira apa juga status dan keadaan dirinya. Wah, nampaknya saya tidak berseorangan dalam meminati kisah-kisah dongeng Aesop ni. Haha 😊
Padamaiiiih akhirnya ada tulisan baru lagi di blog abang... ^o^
BalasPadamcerita ini banyak lesson yg bisa dibagi ke anak2 kan... jangan meremehkan orang lain, bantu orang lain yg membutuhkan, dan mau meminta maaf jika salah juga berterimakasih... dulu saat anak saya masih kecil, sering membacakan cerita begini ke mereka
Terima kasih kak fanny kerana singgah membaca di sini. Kisah-kisah begini bagus ya dibacakan kepada anak-anak kecil kerana banyak pengajarannya 😊
Padam