Beginilah Cara Kurangkan Bil Elektrik Di Rumah, Terbukti Berkesan!

Yusuf Baradar
0

Beginilah Cara Saya Kurangkan Bil Elektrik Di Rumah Dan Terbukti Berkesan!


Hari ini bil api sampai. Nampaknya, kali ini kami berjaya jimat penggunaan elektrik bagi tempoh dua bulan. Bayangkan, dari amaun RM390 pada bulan Ogos, caj telah sukses diturunkan kepada RM290 pada bulan September dan kepada RM230 pada bulan Oktober.


Puan isteri terkejut bagaimana caj ini boleh turun mendadak. Saya beritahu, setiap kali selepas guna barang elektronik, saya akan matikan suis dan cabut plag dari soket — kecuali suis peti ais. Ketika telinganya menangkap perkataan yang terakhir itu, puan isteri terus menarik nafas lega dan tak jadi marah. Haha.


Emak Beriya Cabut Kepala Plag


Sejak saya berkongsi tip jimat elektrik, nampaknya suasana di dalam rumah ada sedikit perubahan. Plag televisyen dan mesin basuh dicabut selepas guna. Suis kipas dan lampu dimatikan selepas pakai. Sudahnya, rumah kami kelihatan suram di waktu malam dan nampak malap di kala siang.


Nampaknya yang paling bersungguh-sungguh mencabut kepala plag ialah emak. Sampai plag pemanas air pun habis dicabutnya. Beriya-iyalah kita ini mahu bancuh teh panas, sekali yang keluar hanyalah air suam.


Haiya!



Yusuf Baradar
Kalau begini, barulah jimat bajet namanya.


Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

Catat Ulasan (0)