Ini adalah kompilasi gelagat Hanani yang dikumpulkan dari hantaran Facebook saya sedari bulan Januari 2017 sehingga Jun 2017. Bahagian 2 ini menampilkan cerita pengalaman menghadapi ragam Hanani yang berani buat abahnya terkejut, pandai merajuk dan pandai pula bermain-main ketika makan dan belajar.
Hanani Sergah Abah Sampai Terkejut
18 Januari 2017
18 Januari 2017
Ketika saya sedang khusyuk menghadap laptop, tiba-tiba Hanani datang menyergah dari arah belakang. "Huwaarrghh!" Terperanjat saya dibuatnya. Mujur saja tidak melatah. Maka, berdekah-dekah si kenit ini ketawakan saya.
Saya pesan pada Hanani, bila mahu menyapa ibu atau abah, berilah salam terlebih dahulu. Caranya kita ucapkan, "Assalamualaikum ibu... assalamualaikum abah." Si kecil ini senyum lalu mengangguk kepala tanda faham. Kalaulah dia tahu abahnya tadi terkejut macam nak gugur jantung....
Kisah Hanani Salah Dengar Apa Yang Abah Cakap
1 Februari 2017
Kisah Hanani Salah Dengar Apa Yang Abah Cakap
1 Februari 2017
"Seronok betul hari ni dapat menikmati makanan yang sedap," kata saya sambil membetulkan punggung di kerusi pemandu. Tiba-tiba Hanani menyampuk,
"Eh, abah. Tak bagus cakap 'mati mati'. Ibu, tengok abah dia cakap 'mati'."
Saya tersentak lalu menegur, bukan 'mati' yang saya kata tapi 'menikmati'. Hanani tak puas hati. Telinganya menangkap saya ucap perkataan "mati".
"Hanani dengar abah sebut 'mati'. Abah tak nak cakap macam tu lagi ya," balas Hanani mempertahankan apa yang dia dengar. Sambil menggeleng kepala, saya minta isteri memperbetulkan salah faham si kecil ini.
"Hanani, abah cakap 'me... nik... ma... ti....' Menikmati tu maksud dia best, sedap, seronok. Contoh dia macam ni. Wah, seronoknya dapat menikmati aiskrim ni. Hanani boleh faham?"
"Oh, faham. Tapi lain kali abah tak nak cakap 'mati mati' lagi ya."
"Yelah nak!"

Kisah Hanani Terkucil Atas Karpet Masa Latihan Potty Train
11 Februari 2017
Sebelum ini, kami ada ajar Hanani supaya tidak pakai pampers di rumah. Belum sampai 12 jam, tilam sudah basah. Baru-baru ini, kami latih lagi. Berdesing telinga dia dengar pesanan ibu dan abah. Ayat, "Kalau nak buang air beritahu ibu, beritahu abah" diulang berpuluh kali. Hari pertama berjaya.
Masuk hari kedua, kami bawa Hanani ke kedai. Macam biasa, ayat yang sama disebut-sebut selalu. Si kecil ini faham sambil mengangguk kepala. Di dalam hati, risau juga kalau-kalau anak 'terlepas'. Maklumlah, jika ikut teknik Potty Train ini kena duduk rumah beberapa hari tanpa keluar.
Sepanjang perjalanan, semuanya baik-baik sahaja. Hanani pula seronok bergurau di dalam kereta. Namun, sebaik saja tiba di rumah, perkara yang ditakuti akhirnya terjadi juga. Hanani tidak berjaya mengawal. Cecair kuning bau hancing mengalir membasahi seluarnya lalu melimpah di atas karpet di ruang tamu. Sekuat hati juga dia meraung. Agaknya takut abah marah barangkali.

Sudahnya, Hanani pakai lampin balik. Habis cerita. Kahkah!
Hanani Makan Main-Main
15 Februari 2017
Puan isteri bertanya, "Kenapa Hanani tak makan?"
15 Februari 2017
Puan isteri bertanya, "Kenapa Hanani tak makan?"
Hanani menjawab, "Hanani makanlah ibu."
Puan isteri bertanya lagi, "Tak bergerak pun nasi itu."
Lantas si kecil ini menjongket-jongketkan hujung pinggannya dengan jari supaya nasi itu bergerak-gerak di dalamnya. "Tengok ini ibu. Nasi itu bergerak!" Geleng kepala saya mendengar helah anak 3 tahun 8 bulan ini. Hmm... apa-apa sajalah.
Hanani Merajuk Tidak Diberi Youtube
21 Februari 2017
Marah sungguh Hanani dengan saya. Bukan tidak mahu bagi, tapi sudah kerap sangat kami beri coklat, aiskrim dan Youtube. Maka, kali ini terpaksa juga sekat sedikit. Walhasil, wajahnya langsung dicebik-cebik. Bercakap pun tak mahu pandang muka. Tangan saya pula dicubit-cubitnya. Lalu saya tegur tidak baik buat begitu. Hanani tak mahu peduli. Tantrumnya menjadi-jadi.

"Abah tu, suka marah Hanani!"
"Bila masa pula?"
"Semalam Hanani nak coklat abah tak bagi. Tadi Hanani nak tengok kartun dekat tab pun abah tak bagi. Abah tak sayang Hanani!"
Saya terdiam. Saya pandang wajah puan isteri. Kepadanya saya katakan, demi kebaikan dan kesihatan anak, saya tetap berpegang pada prinsip pemakanan yang sihat dan cara didikan anak yang betul. Walaupun si kecil ini menunjukkan tanda protes. Bergenang air mata puan isteri.
Hanani Mendengar Cerita-Cerita Abah
4 Mac 2017
Hanani kata, esok dia tak mahu keluar rumah sebab di luar asyik hujan saja. Jadi, dia tak berapa gemar dengan hujan. Ketawa kecil saya mendengar luahan si kecil ini. Saya katakan kepadanya, hujan itu rezeki. Dari langit ia turun lalu berjatuhan ke bawah sebagai air hujan. Pokok-pokok dan haiwan, mereka semua perlukannya untuk minum.
Hujan yang menimpa tanah akan menjadi kolam. Maka, dari situ datanglah banyak haiwan seperti gajah, zirafah, lembu dan kambing untuk minum. Bila diperahnya kantung kambing, keluarlah susu. Susu yang Hanani minum inilah susunya kambing. Mendengar cerita ini, si kecil pun menguntum senyum, lalu dengan segera susu di dalam cawan dihabiskan.
Kemudian, Hanani mengadu pula tentang lobak merah. Katanya, ia tidak sedap pada lidah. Saya beritahu, arnab suka makan lobak sebab ia baik untuk mata agar penglihatan menjadi terang. Kalau kita makan banyak lobak, nanti arnab suka berkawan dengan kita. Tanpa lengah, Hanani terus ambil hirisan lobak di dalam pinggan, lalu disuakan ke mulut dengan gembira.
Malam ini saya ketawa besar. Bukan main pandai lagi saya mereka cerita. Menjadi saja. Kahkah!
Hanani Naik Basikal Pusing Taman
6 Mac 2017
Masa bawa Hanani naik basikal pusing-pusing di taman, si kecil ini teruja melihat suasana alam yang damai. Di hujung telinga, terdengar sayup kicauan burung-burung di atas pokok, bunyi unggas di dalam belukar dan deruan angin tasik. Begitu tenang awal pagi itu.
Belum setengah jam mengayuh basikal, Hanani mula bertanya. Dimanakah ibunya, kenapa tak ikut jalan bersama dan apa yang ibunya sedang buat sekarang. Soalan-soalan ini diajukan berulang kali, sehingga saya buat keputusan untuk berpatah balik mencari puan isteri. Di dalam hati ini berasa hairan, namun ia buat saya berpikir panjang.
Di dalam benak kepala, jikalau anak yang ditinggalkan dalam jagaan bapa selama setengah jam pun sudah merengek-rengek meminta pelukan ibunya, bayangkan pula jika dibiar sendirian di dalam rumah tanpa perhatian sesiapa. Bagaimana keadaannya nanti?
Saya berasa sedih apabila teringat kes seorang ibu menelantarkan anaknya yang berkelainan upaya (OKU) di dalam bilik seorang diri selama bertahun-tahun dan juga kes seorang ibu mengabaikan dua orang anaknya di dalam apartment sehingga maut. Kisah-kisah tragis seperti ini buat saya geleng kepala. Ia sukar diterima dan dilupakan.
Saya teringat pada satu peristiwa, saya mendapat nasihat daripada seorang lelaki tua agar sentiasa membawa anak bersama dan elak meninggalkan anak kecil bersendirian di dalam kereta walaupun sebentar saja. Pesannya, sekejap atau lama bukanlah alasan untuk kita biar mereka seorang diri tanpa pengawasan. Hal-hal yang tak diingini boleh saja berlaku jika kita cuai.
Inilah nasihat yang saya genggam hingga ke hari ini. Maka, berat atau ringan si kecil 16 kilogram ini, saya angkut sajalah kemana-mana. Yang penting, selalu ada dan terjaga di depan mata.
Hanani Belajar Berdoa Waktu Mustajab
15 Jun 2017
Sebelum berbuka, saya meminta Hanani berdoa memohon apa saja kepada Tuhan kerana waktu ini adalah waktu mustajab doa. Tanpa lengah, si kecil ini terus mengangkat tangan seraya bermohon,
"Ya Allah, berikanlah Hanani rumah yang besar, yang cantik, yang 'kaler' (warna) pink, lepas itu ada warna merah jambu, lepas itu ada banyak kucing kecik-kecik yang comel, boleh Hanani main selalu. Lepas itu Hanani nak duduk dekat situ. Amin!"
Amboih, kemain doa kau nak!

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.