1. Habis kerja, suami kenalah balik cepat ke rumah. Bila sudah balik, jangan pula asyik keluar 'mengeteh' atau pergi bermain futsal dengan kawan-kawan saja. Isteri dekat rumah ini hendak berkawan dengan siapa?
3. Orang perempuan tidak ramai yang pandai membuat lawak. Tetapi, mereka memang suka bergelak ketawa.
4. Kalau orang perempuan tiba-tiba saja sudah siap bertudung, siap berbedak, tak usahlah orang lelaki tanya macam-macam. Sebenarnya, dia memang hendak sangat berjalan tu. Bawak kan saja pergi ke mana-mana.
5. Jika pasangan itu saling berbalas kentut dan diselangi dengan gelak tawa, maka ketahuilah bahawa, pasangan itu adalah pasangan bahagia dan jarang bertengkar.
6. Kita faham tahun 2016 ini semakin mencabar. Tetapi, mereka (para isteri) tidak minta banyak. Cukuplah sekadar suami belikan setiap barang yang keluar dekat Go Shop Astro itu sebagai hadiah.
7. Sekali sekala, ajaklah suami ubah kedudukan perabot di dalam bilik tidur. Memang feeling dia lain macam sedikit, sebab rasa macam bilik baru.
8. Jika isteri kuat merajuk, beranikan diri membimbing tangan isteri menekan butang remote Astro 118, supaya rajuknya reda bila melihat siaran Go Shop. Agar kasih bertambah erat, belikan sahaja apa yang sedang dipromosikan waktu itu.
9. Perkara yang paling kerap berlaku ketika saya rancak berbual bersama isteri semasa memandu kereta ialah terlepas simpang.


Terima kasih kerana memberi komen yang baik.