64 Petua Keibubapaan Sebagai Panduan Dalam Mendidik Anak-Anak

Yusuf Baradar
0
64 Petua Keibubapaan

1. Nak tengok anak-anak lebih ceria, lebih responsif dan lebih cerdik? Sila letak tepi segala jenis tab, phone dan layan anak main.

2. Tak adil kalau kita cakap anak yang tak pandai akademik tu takde masa depan. Padahal kebolehan dia ada kat bidang lain. Mesti ada punya!

3. Anak kecik kalau tiba-tiba senyap je, mesti ada benda yang dia buat. Rajin-rajin la perhatikan mereka.

4. Kadang kita rasa puas marah, cubit, pukul anak kita masa mereka masih kecil. Lagi 10 tahun tengok sendiri anak yang sama marah, herdik, benci kat kita balik. Masa tu jangan nak salahkan siapa-siapa.

5. Jangan suka beza-bezakan anak. Jangan kerana dia tak pandai akademik, kerja tak bagus, kita sisih dia dari anak yang hebat serba serbi. Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Lazimnya, anak yang tak seberapa 'bagus' itulah yang jaga makan minum kita sampai mati.

6. Saya seorang ibu yang ada degree dari sebuah universiti tempatan dengan pointer yang cemerlang. Tapi saya pilih jadi suri rumah sepenuh masa sebab saya mahu menikmati dan melihat anak membesar di hadapan mata. Ini pilihan saya.

7. Time anak jaga, kita pening dia panjat almari, sepahkan barang, merengek menangis. Time anak tidur, kita pulak yang kacau dia. Cium pipi la, usap rambut la, peluk la. Rindulah tu!

8. Kalau anak kecik tiba-tiba tantrum, kita kenalah tenteramkan dia. Bukan swing tangan kat punggung anak.

9. Anak kalau degil dan kasar bukan maknanya dia ikut perangai kita masa kecik. Tapi dia tak dapat perhatian dan kasih sayang dari kita.

10. Kertas A4 asalya putih. Jika diconteng-conteng, ia takde nilai. Tapi jika dilukiskan gambar yang cantik, ia jadi sangat bernilai. Begitulah juga dengan anak kita.

11. Ada satu bau yang amat disukai oleh semua ibu. Bau ini dikatakan lebih hebat dari jenama minyak wangi paling mahal kerana mengandungi bau masam dan bacin. Itulah bau anak baru bangun tidur di pagi hari!

12. Cara paling pantas untuk mendesak anak-anak berhenti berkelahi adalah dengan berpura-pura buka almari dan ambil hanger.

13. Anak yang jenis suka melanguk depan tv berjam-jam akan kelam kabut pergi baca buku, mandi, solat apabila terdengar bunyi pintu pagar dibuka oleh bapa. Hebat aura bapa!

14. Saya bersungguh-sungguh jaga anak bukan kerana saya berharap anak akan jaga saya apabila tua. Saya bersungguh-sungguh jaga anak sebab saya nak sempurnakan amanah yang Allah beri.

15. Dulu petang-petang macam ni la mak selalu tanya, "Esok sekolah, buku dah kemas?", "Baju sekolah dah gosok?", "Kasut bawah peti ais dah kering?". Hari ni soalan yang sama kita ajukan kat anak kita. Rindu betul zaman tu!

16. Kita bukan tak nak attend wedding kawan. Tapi anak kita melasak sangat. Takut ganggu kelancaran majlis.

17. Anak mula buat perangai bila parent baru balik kerja. Meraung la, menjerit la, mengamuk-ngamuk la. Sebenarnya anak rindu kat kita sepanjang hari. Tapi dia tak tahu nak cakap macam mana.

18. Ibu awak suri rumah. Ibu saya pula bekerjaya. Dan kita berdua bertemu di universiti yang hebat, dan dapat pekerjaan yang hebat. Hidup kita hebat bukan kerana jenis pekerjaan ibu kita tetapi kerana ibu kita hebat dalam melaksanakan amanah sebagai seorang ibu!

19. Anak kecik ni kalau kita bagi dia makan dengan tangan sendiri, sebenarnya dia akan makan dengan sepenuh hati.

20. Bila kita tidak didik anak untuk menyayangi, maka anak itu akan menjadikan adiknya sebagai mangsa dan tempat lepas geram.

21. Sebenarnya setiap anak amat berharap parent dia terlibat dalam permainan mereka. Bagi anak-anak ini adalah satu penghargaan yang besar!

22. Time cuti ni kalau biarkan anak tengok tv dan main Ipad lama-lama tak bagus. Nanti otak dia pasif. Apa kata lambakkan mainan atas lantai dan start main dengan mereka. Baru otak anak aktif!

23. Apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sebenarnya tak penting. Apa yang kita tinggalkan dalam diri anak-anak itulah yang paling penting.

24. Perempuan seboleh-boleh nak orang cakap muka anak dia sama macam muka dia walaupun sebenarnya muka anak dia sebijik macam muka laki dia.

25. Anak kita tetiba meraung sebab kita tak bagi dia buat benda yang dia nak buat. Dia tak tahu benda tu diluar keupayaan dia. Kita jangan pukul dan marah. Kita kena bantu anak buat benda yang dia nak buat.

26. Kenapa kena tunggu kita kaya baru nak bawa anak, isteri pergi jalan-jalan? Bawalah mereka berjalan-jalan sekarang atau kita akan hilang kasih sayang.

27. Sebenarnya anak kecik kita tengah explore tubuh badan dia. Sebab tu kita nampak dia terkorek-korek mulut, hidung dan anggota lain.

28. Kita bukan tak nak dukung anak masa jalan-jalan kat taman. Tapi kita geram tengok abah dia kat sebelah tu jalan berlenggang. Dia ingat dukung anak 10 kilo ni ringan?

29. Masa dia baby dulu, kalau nangis tengah malam kita nenenkan. Terus diam. Tapi sekarang sejak dah pandai cakap, kalau nangis tengah malam dah tak nak nenen. Pastu dah pandai request nak bancuh sendiri air susu dalam botol kat dapur!

30. Luar biasa sungguh anak 2 tahun setengah ni. Tengah tidur boleh terjaga pastu terus baca ABC dan sambung tidur semula. Kagum dan lega!

31. Siapa sangka, dulu kita dengan tenang "membuang" dalam tandas. Tetapi sejak dua menjak ni, tak sangka kita terpaksa bergaduh dengan anak kecik yang sibuk nak tolong flush-kan.

32. Dulu nak mandi sejam pun takde siapa nak kacau. Sejak bergelar ibu ni, nak masuk jamban pun payah. Ada pulak makhluk comel bulat yang berpaut kat kaki!

33. Anak perempuan memang suka ikut perangai bapak. Kalau bapak dia suka makan kepak ayam, anak tu pun suka makan kepak ayam. Yang paling geram tu bila dua-dua boleh berebut kepak ayam masa tengah makan. Tak tahu nak lepuk siapa dulu.

34. Jika anda bangun pagi dalam keadaan rambut serabai, namun anak kecil tetap datang memberi anda sebuah ciuman, maka ketahuilah bahawa skrip kasih sayang anda sudah mula berfungsi dengan baik!

35. Anak kita kalau dah pandai bercakap, ayat yang paling parent dia geram sekali adalah, "Nak buat sendiri... nak buat sendiri!"

36. Anak-anak akan ikut perangai kita satu-satu. Kat depan diorang tunjuk yang baik-baik je. Kalau nak gaduh laki bini, pegi gaduh dalam bilik.

37. Benda tak elok cepat je dia belajar. Padahal dia dengar sekali je. Benda baik tak nak pulak ikut. Sabar... Kita semua dulu pun macam tu jugak.

38. Setiap ibu sentiasa ingin menggembirakan hati anaknya walau apa jua cara sekalipun.

39. Time dukung dia sibuk nak turun jalan sendiri. Padahal selipar pun tak bawak. Sanggup pulak dia sarung selipar bapak dia saiz 13. Nama pun anak kecik.

40. "Eh, tak comel kalau awak buat muka macam tu. Macam muka sekian... sekian... (watak kartun yang anak tak suka)". Anak akan tersenyum dan berhenti cebik muka.

41. Bila kita jadi seorang ibu, sebenarnya kita akan jadi pemurah. Kita tak kisah berkongsi makan dengan anak dalam satu pinggan. Kalau bapaknya nak ngepau makanan kita pun kita redha kan aje.

42. Hanya ciuman dan pelukan seorang ibu dapat meleraikan kegusaran hati seorang anak.

43. Satu jenis tangisan yang buat seorang bapa mengetap gigi. Iaitu tangisan seorang anak yang merengek mahukan sesuatu.

44. Tiga tangisan yang akan buat seorang ibu cemas. Tangisan anak ketika bangun tidur. Tangisan anak ketika lapar dan tangisan anak ketika sakit.

45. Jika anda ajarkan anak dengan sebutan penuh dan betul, anak akan bercakap seperti orang dewasa walaupun usianya baru dua tahun.

46. Jika anda tidak tidur ketika anak tidur, ketahuilah bahawa anda tidak akan boleh tidur ketika anak sudah terjaga.

47. Senyuman yang paling mencairkan hati adalah senyuman seorang bayi ketika bangun dari tidur.

48. Apabila anak kecil sudah mula dapat mengesan kehadiran potongan sayur dan bawang halus dalam makanannya, ketahuilah bahawa 'mata' (citarasa) anak kita sangat 'tajam' (cerewet).

49. Jarang ada bapa yang gemar bermain bersama anak. Jika anda jumpa, hargailah mereka. Kerana mereka sukar ditemui.

50. Bila dah jadi bapa ni, kalau dapat baca buku satu perenggan pun sudah cukup seronok. Manakan tidak, anak melompat atas badan, pijak perut, cekak leher, semua tu buat saya rasa macam lagi setahun baru boleh habis baca satu buku.

51. Sebenarnya setiap anak amat berharap kedua ibu bapanya terlibat dalam permainan mereka. Buaian, gelongsor, pasir. Bagi mereka, penyertaan ibu bapa adalah satu penghargaan yang sangat besar. Maka, jangan sesekali mengenepikan pelawaan anak-anak untuk bermain bersama. Mereka bangga apabila kita menjadi rakan sepermainan mereka.

52. Walaupun Johan Raja Lawak seorang yang kelakar, namun beliau sebenarnya seorang bapa yang garang dalam mendidik anak-anak.

53. Masa kecik-kecik dulu, pegang kepala lembu kira perkara yang paling berani budak lelaki buat. Bila lembu acah angkat kepala, berterabur lari.

54. Antara perkara yang indah dalam hidup adalah melihat anak-anak membesar di hadapan mata.

55. Anak yang boleh menjadikan barang bukan mainan sebagai mainan sebenarnya adalah anak yang kreatif dan cepat berdikari.

56. Untuk memahami sebuah pelajaran, masa diperuntukkan. Untuk memahami sikap anak, waktu diperlukan.

57. Didikan dalam pemakanan anak-anak yang menentukan samada sayur itu sahabat atau musuh mereka selama-lamanya.

58. Walaupun telapak tangan anak kita kecil, namun keinginan mereka untuk capai sesuatu yang dimahukan sangat besar.

59. Setiap isteri mengharapkan sebuah penghargaan, setiap suami mengharapkan sebuah kesetiaan dan setiap anak mengharapkan sebuah kasih sayang.

60. Apabila kita mengajarkan anak doa-doa, kita akan dapati mereka lebih mudah hafal doa makan berbanding doa lain.

61. Lihatlah wajah anak. Disitu terletaknya iras-iras wajah kita suami isteri.

62. Anak kecil yang merajuk bukan kerana mereka terlalu berkecil hati. Mereka hanya mahukan sebuah perhatian.

63. Anak adalah anugerah. Dijaga baik, jadi sunnah. Diabaikan, jadi musibah.

64. Usah dikesali barang yang pecah atau perabot yang rosak akibat tingkah laku anak. Kerana benda boleh diganti, sedangkan anak tidak.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

Catat Ulasan (0)