Supaya dapat berlatih menulis dengan baik, saya menggunakan ejaan penuh semasa berhubung dengan puan isteri dan ahli keluarga kami sama ada di dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mahupun aplikasi Whatsapp.
Kaedah ini sebenarnya sangat bagus bagi menjelaskan sesuatu perkara yang kecil atau rumit. Bahkan dapat mengelakkan salah faham dan salah maksud. Itu yang penting. Sebagai contoh, lihat perbezaan ayat yang pertama dengan ayat yang kedua.
"Slm.... sy kt kdai nie. Awk nk kim pape x?"
"Salam, saya dekat kedai ni. Awak hendak kirim apa-apa tak?"
Beza bukan?
Ayat yang ditulis dengan perkataan penuh lebih mudah difahami dan pembaca tidak perlu meneka-neka apakah maksud "kim" tadi. Bagi memudahkan urusan menaip, hidupkan Predective Text bahasa Melayu pada papan kekunci telefon bimbit.


Terima kasih kerana memberi komen yang baik.