Cerpen 3 : Beli Honda "Cash"

Yusuf Baradar
0
Cerpen 3 : Beli Honda "Cash"

Sambil membawa secawan kopi O panas kesukaan suaminya, Mak Enong melangkah ke ruang tamu lalu menyampuk perbualan dua beranak tadi,

"Abak kau dari zaman bujang sampai kahwin tak pernah nak berhenti hisap rokok. Lepas sarapan pagi, Surya. Lepas makan tengahari, Surya. Karang lepas makan malam, Surya lagi."

Pak Ondok menjeling ke arah isteri yang sudah 30 tahun dikahwininya itu. Kecil besar, kecil besar sahaja dia perhatikan.

Mak Enong sambung berleter lagi,

"Kau cuba kira Deki. Sekotak Surya, 14 ringgit. Seminggu balun 3 kotak, 42 ringgit. Sebulan 168 ringgit, setahun 2,016 ringgit. Dah 40 tahun abak kau hisap rokok. Kurang-kurang dah bakar duit 80,640 ringgit. Kalau abak kau tak hisap rokok, mesti dah boleh beli cash sebiji Honda City 1.5 S+ tau!"

"Awak hisap rokok?" tanya Pak Ondok.

"Mestilah tak!" jerkah Mak Enong sambil mengerutkan dahi.

"Kalau macam tu, mana awak punya Honda City 1.5 S+?" soal Pak Ondok selamba.

Menggigil tangan Mak Enong menahan geram. Rasa mahu curah sahaja air kopi O panas atas kepala lakinya.


#KisahOrangMinangKampungGadang

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

Catat Ulasan (0)