Pak Ondok membelek-belek bungkusan yang diterimanya tadi. Terfikir pula apa di dalamnya. Rasa berat. Bila dikocak, berdetap.
"Deki... Deki... Deki!" si tua ini memanggil anak bujangnya.
Panggilan berkali-kali itu akhirnya disahut dengan nada malas dari dalam bilik kusam.
"Ada apa bak?"
"Ni barang kau ni. Orang hantar. Apa benda ni?"
Deki lekas dapatkan bungkusan tersebut. Dengan gopoh, plastik bungkusan itu dikoyak, kotak dibuka dan barang di dalamnya dikeluarkan.
"Cepat betul sampai. Deki beli online kasut ni semalam bak. Ada offer diskaun lagi."
"Oh, iye ke? Kalau macam tu kau belikan abak rokok Surya hitam pakai online jugak, boleh? Tengok kot-kot ada diskaun ke."

Garu kepala anak tunggal Pak Ondok ini. Rasa macam mahu hantuk kepala ke dinding.
#KisahOrangMinangKampungGadang

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.