Langkah Pertama Saya Disini

Yusuf Baradar
0
Langkah Pertama Saya Disini, Yusuf Baradar Blog

Assalamualaikum dan salam Aidiladha 1435 hijrah!

Syukur kepada Allah kerana telah membuka hati saya untuk membuat dan menulis blog sendiri setelah beberapa tahun saya tinggalkan dunia penulisan. Sebelum ini, saya pernah memiliki sebuah blog penulisan yang menjurus kepada dakwah dan isu semasa. Jodoh tidak panjang, akhirnya saya ambil keputusan untuk memadam blog tersebut.

Tumpuan saya pada kali ini adalah untuk berkongsi tip-tip serta pengalaman saya berniaga selama hampir 4 tahun. Bermula secara offline, akhirnya onlineSaya bukan pakar bahkan tidak pula berkemahiran tinggi dalam bidang perniagaan. Cuma apa sahaja input terbaru tentang perniagaan, saya akan kongsi di dalam blog ini. Tutorial percuma juga akan diberikan jika ada permintaan.

Penulisan saya kali ini akan berkisar tentang bisnes online yang sedang hangat samada di Facebook, Instagram atau Blogspot. Jangan lepaskan peluang anda menatap setiap entri terbaru dalam blog ini! Sempena Aidiladha ini, saya berharap blog ini akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Segala maklumat yang dipaparkan adalah 100% percuma untuk manfaat bersama. Anda boleh kongsi dan ambil isinya untuk olahan sendiri.

Sekian, terima kasih.


Yusuf Baradar
Usahawan Online

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

Catat Ulasan (0)