Kisah Ketua Kelas Tiba-Tiba Berubah Jadi Budak Lembut

Yusuf Baradar
0
Kisah Ketua Kelas Tiba-Tiba Berubah Jadi Budak Lembut

"Guano kotuo kelah kito nih? Awal tahun muko ganah, ujung tahun perangai supo tino," rungut rakan sedorm saya. Saya pun hairan bagaimana ketua kelas kami daripada seorang yang segak dengan tutur kata yang sopan tiba-tiba berubah jadi seorang lelaki lembut.

"Entah...," saya mengerutkan dahi, "masalah hormon kot."

Kami berdua perhatikan sahaja gelagatnya yang asyik berborak gaya "awww" ditepi katil bersama teman-teman seangkatannya sambil menggelengkan kepala.

Aneh. Sejak masuk asrama, sikapnya berubah. Bila bercakap, tangannya dilentuk-lentukkan, suara digedik-gedikkan.

Meremang bulu ketiak.

Yang paling menggelikan hati, setiap kali mahu mandi, puak-puak ini akan berkemban macam perempuan. Berjalan lenggang-lenggok sambil pegang gayung buruk ke jamban beriring-iringan.

Usai mandi, mereka akan gumpal rambut pakai tuala macam yang orang perempuan selalu buat. Kelakar sungguh.

"Punoh ar sek-sek ni. Takdo maso depe!" kecam salah seorang rakan saya.

Bayangkan pelajar Maahad kami semuanya lelaki. Tiba-tiba wujud kelompok begini. Habis kacau bilau.

Ramai yang mencemuh. Tidak kurang juga yang mencaci.

Namun, siapa sangka. Setelah 14 tahun berlalu, puak-puak lembut yang dahulunya dikeji, kini ramai antara mereka menjadi doktor dan memiliki kerjaya hebat.

Hingga ada seorang rakan berkata, "Kalau aku join geng-geng lembut ni masa kat asrama dulu, mesti sekarang aku pun dah jadi doktor jugak."

Yelah tu!


Yusuf Baradar
Lelaki tulen lagi maskulin.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana memberi komen yang baik.

Catat Ulasan (0)